DSC.JPG (5249 bytes) DISCOVERY SCIENCE CENTER

Home Up Feedback Contents Search

Measurement
Home Up Measurement Motion of Objects Materials Energy

 

ucstickpeople.gif (11784 bytes)

Physcal Quantities
Tools
Graphical Methods

PHYSICS ONLINE

oleh YCK

Gerakan ------->                              Pita detik

Pitadetik.gif (1229 bytes)

akhir                                                                                                     awal

System saluran kuasa di Malaysia menggunakan frekuensi 50 Hz. Oleh itu masa setiap detik ialah 0.02 s. Anda pasti membilang keratan2 10 detik mulai dari akhir. Semuanya anda boleh mendapati empat keratan, mulai dari kiri. Titik-titik yang terlalu rapat di kanan tidak boleh diambilkira! Download pita detik ini, dan cetakkannya keluar ke atas sehelai kertas dan kirakan halaju awal, halaju akhir, dan pecutan. Jangan lupa, dalam empat keratan, halaju awal adalah halaju awal purata (mengapa?). Oleh itu, masa di antara halaju awal dan halaju akhir ialah 3 x 0.2 s.

strobo1.gif (2066 bytes)

Jika frekuensi stroboskop ialah 100 Hz, maksudnya sela masa antara setiap imej adalah      0.01 s.

Jika Gambarfoto ini dibuat melalui satu stroboskop mekanikal seperti di bawah:

strobo2.gif (1254 bytes)Jika bilangan putaran per minit adalah f, dan bilangan celah adalah n, stroboskop ini membuat nf rangka per minit, iaitu nf / 60 rangka per saat. Jadi sela masa setiap rangka adalah 60 /  nf saat.

    Untuk mendapat halaju purata (mengapakah halaju purata?) untuk gambarfoto stroboskop di atas, sukatkan jarak untuk lima sela masa dan bahagi dengan 5 x 60 / nf . Mengapa?

Pelajaran Minggu Depan

newton.gif (15364 bytes)

Isaac Newton mengemukakan empat persamaan pergerakan seragam. Tuliskan 4 rumus itu.

Hukum kegravitian semesta digunakan untuk menyelesaikan masalah daya antara dua jasad yang berjisim. Apakah rumusan hukum ini? Dalam penyelesaian masalah, anda akan menggunakan hukum ini untuk membandingkan dua keadaan. Jika jarak berubah, anda gunakan  rumusannya dalam bentuk F1/F2 = kuasadua R2/ kuasadua R1. Jika jisim berubah, anda gunakan bentuk F1/F2 = M1/M2.

Jisim

Inersia

    Inersia adalah kemampuan sesuatu objek mengekalkan keadaan pergerakan/pegun asalnya. Lebih berjisim jasad itu, lebih inersia jasad itu.

Momentum

    Prinsip keabadian momentum menyebutkan bahawa jumlah momentum sebelum dan selepas sesuatu kejadian adalah dikekalkan, asalkan tiada daya luar bertindak kepadanya.

    Dalam perlanggaran kenyal, tenaga kinetik dan momnetum kedua-duanya diabadikan. Tenaga kinetik adalah diberi oleh separuh daripada hasildarab jisim dan kuasadua halajunya. Oleh itu, dalam suatu perlanggaran kenyal, jika objek A bergerak dan berlanggar dengan objek B (dengan jisim yang sama), akhirnya objek A akan berhenti dan objek B bergerak dengan halaju yang sama dengan halaju asal bagi objek A.

    Dalam soalan roket, anda gunakan prinsip tujah ke roket ialah perubahan momentum: T = m (v - u). Biasanya halaju awal, u, ialah sifar.

Impuls

    Impuls adalah perubahan dalam momentum. Dalam soalan pengiraan kita gunakan rumus Ft = m (v-u). Di sini, Ft ialah IMPULS, dan F ialah DAYA IMPULS. Anda tidak boleh mengelirukan antara dua istilah ini. Daya impuls ialah impuls/masa.

Daya

    Daya adalah kadar perubahan momentum. Inilah takrifan asas. Dalam pengiraan, anda akan menggunakan F = mv-mu dan juga F = ma.

    Dalam soalan takal, anda mesti menggunakan F=ma pada setiap jasad. Jika dua jasad disambungkan dengan satu benang ringan yang melengkungkan satu takal, anda dapat dua persamaan. Jika jasad itu digantung tegak, formulanya ialah mg-T = ma. Jika jasad itu terletak di atas meja licin, anda gunakan T = ma. T ialah tegangan pada benang. Kirakan pecutan dan dapatkan nilai T.

The Measurement of Time

Atomic Clocks: keeps time by precisely counting the vibrations of atoms

atomclk01s.JPG (2269 bytes)1955 -- First atomic clock to use vibrations of caesium atoms to keep accurate time.

atomclk02s.JPG (2613 bytes) 2000  NIST-7 -- US Dept of Commerce National Institute of Standards and Technology building in Boulder, Colorado. USD3 million. Synchronize your PC clock at www.boulder.NIST.gov/timefreq/

 

 

Home ] Up ] Physcal Quantities ] Tools ] Graphical Methods ]

Send mail to zhiq@pc.jaring.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2000 Discovery Science Centre
Last modified: November 11, 2000